Redmi Turut Umumkan Projektor Dan Pembersih Hampagas Di Malaysia Comments Off on Redmi Turut Umumkan Projektor Dan Pembersih Hampagas Di Malaysia

Di akhir pembentangan Redmi Note 9S, Redmi turut memperkenalkan dua produk lain iaitu projektor dan pembersih hampagas. Projektor itu dinamakan Mi Smart Compact Projector dan ia ditawarkan pada harga RM1899 di Malaysia tidak lama lagi.

Mi Smart Compact Projector hadir dengan rekaan kompak yang boleh memancarkan visual ke dinding sehingga 120-inci dengan resolusi 1080p. Barang ini menggunakan 500 ANSI lumens menerusi empat LED selain menyediakan pembesar suara besar di bahagian tepi.

Pengguna diberi plihan sama ada ingin menggunakan pembesar suara Bluetooth sekiranya diperlukan. Selain itu, projektor ini dibina dengan Google Assistant dan Android TV 9.0

Produk yang kedua pula ialah Mi Handheld Vacuum Cleaner 1C iaitu pembersih hampagas mudah alih. Pembersih hampagas ini cukup berkuasa melalui sistem 120 AW dengan teknologi penapis multi-cyclone. Penapisnya mampu menyedut 99.97% zarah melalui rekaan penapis 5-peringkat.

Pengguna diberi empat perkakas lain untuk memudahkan pembersihan dilakukan. Sekali cas, pembersih hampagas ini mampu beroperasi sehingga sejam.

Walaubagaimanapun, Redmi tidak mengumumkan harga Mi Handheld Vacuum Cleaner ini untuk pasaran Malaysia. Untuk Thailand, ia dijual pada harga THB7999 (~RM1073) seunit.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend