Redmi Note 9S Terima Kemas Kini MIUI 11.0.6 Untuk Atasi Isu Pada Skrin Comments Off on Redmi Note 9S Terima Kemas Kini MIUI 11.0.6 Untuk Atasi Isu Pada Skrin

Bagi pemilik Redmi Note 9S, baru-baru ini Xiaomi telahpun menawarkan ketersediaan kemas kini baharu untuk model yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan Mac yang lalu.

Melalui versi 11.0.6.0(QJWMIXM) dengan saiz fail sebesar 259MB, log perubahan kemas kini terbaharu ini diperkenalkan untuk mengatasi isu pada skrin. Namun begitu, tidak dapat dipastikan apakah isu pada skrin yang dimaksudkan.

Selain daripada itu, kemas kini terbaharu ini juga turut menyokong tampalan keselamatan Android untuk bulan April 2020. Anda sudah boleh memuat turun kemas kini MIUI 11.0.6 untuk Redmi Note 9S ini secara OTA (Over-The-Air) melalui Settings > About phone > System update.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend