Redmi Note 9S Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Daripada RM799 Comments Off on Redmi Note 9S Kini Rasmi Di Malaysia – Harga Daripada RM799

Redmi sebentar tadi baru sahaja melancarkan peranti terbaru mereka iaitu Redmi Note 9S untuk pasaran Malaysia. Acara atas talian yang diadakan itu turut mengumumkan ketersediaan peranti untuk peringkat global termasuklah Singapura, Thailand, dan Amerika Syarikat.

Baca: Redmi Note 9 Pro Dan Note 9 Pro Max Rasmi Dengan Snapdragon 720G, Kuad Kamera Dan Bateri 5020mAh

Redmi Note 9S hadir dengan spesifikasi kelas pertengahan yang sama seperti Redmi Note 9 yang dilancarkan dua minggu lalu di India.

Skrin Note 9S masih sama iaitu melalui paparan Dot Display 6.67-inci FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka setinggi 91% untuk pengalaman menonton yang imersif.

Pada bahagian kamera, telefon ini menampilkan konfigurasi kuadkamera belakang yang sama menerusi lensa 48MP f/1.79 utama, 8MP f/2.2 ultralebar, 5MP (2-10cm) makro, dan 2MP kedalaman. Kamera depan dikekalkan dengan lensa 16MP.

Note 9S dijana bateri 5020mAh yang menyokong pengecasan pantas dengan pengecas 22.5W yang disertakan terus dari kotak pembelian. Bateri besar ini juga disandarkan pada SoC Snapdragon 720G lantas menjadikan Note 9S telefon yang pertama menggunakannya.

Menurut Redmi, cipset ini telah memperolehi catatan skor sebanyak 278,324 poin di AnTuTu Benchmark, menunjukkan ia berupaya menjalankan permainan bergrafik tinggi tanpa sebarang masalah. Melengkapkan peranti, peranti menyediakan port USB-C, bicu audio 3.5mm, IR blaster, dan pengimbas cap jari di tepi kerangka.

Note 9S hadir dalam dua varian iaitu 4GB+64GB dan 6GB+128GB, masing-masing dijual pada harga RM799 dan RM899 dengan pilihan warna Glacier White, Aurora Blue, dan Interstellar Grey.

Lebih menariknya, anda boleh mendapatkan rebat RM100 untuk varian asas pada 27 Mac ini di Lazada bersempena Ulang Tahun ke-8 Lazada.

Redmi turut mengumumkan versi edisi terhad iaitu Redmi Note 9S MFF 2020 Limiter Edition kepada pengguna di luar sana. Seperti namanya, unit ini hanya ditawarkan kepada 2020 pelanggan yang terawal. Tiada harga dan tarikh untuk dibeli diumumkan buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend