Redmi Note 9S Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 23 Mac Ini Comments Off on Redmi Note 9S Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 23 Mac Ini

Minggu lalu Redmi telah memperlihatkan siri Redmi Note 9 untuk pasaran India. Note 9 dan Note 9 Pro kedua-duanya merupakan telefon pintar kelas pertengahan, hadir dengan reka bentuk segar yang menyertakan kamera depan berlubang pada skrin pertama pernah dihasilkan Redmi.

Apa-apapun dalam perkembangan terbaru, Xiaomi Malaysia hari ini telah mengesahkan jadual pelancaran peranti terbaru. Peranti tersebut ialah Redmi Note 9S yang bakal diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia pada 23 Mac 2020 iaitu minggu hadapan.

Ekoran penularan wabak COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan oleh kerajaan Malaysia, Xiaomi bagaimanapun telah memutuskan untuk mengadakan pelancaran produk melalui atas talian.

Pelancaran itu akan berlangsung pada jam 8 malam di laman Facebook rasmi Xiaomi Malaysia oleh pengurus besar baharu Xiaomi Malaysia dan Singapura, Nicholas Shi.

Tiada butiran mengenai peranti namun kita boleh menjangkakan model ini mungkin menerima spesifikasi yang berbeza berbanding siri Redmi Note 9. Jadi adalah lebih baik kita tunggu sehingga minggu hadapan!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend