Redmi Note 9 Pro Dan Note 9 Pro Max Rasmi Dengan Snapdragon 720G, Kuad Kamera Dan Bateri 5020mAh Comments Off on Redmi Note 9 Pro Dan Note 9 Pro Max Rasmi Dengan Snapdragon 720G, Kuad Kamera Dan Bateri 5020mAh

Seperti yang telah dijanjikan, hari ini Redmi telahpun merasmikan dua model yang paling dinanti-nantikan iaitu Redmi Note 9 Pro dan juga Redmi Note 9 Pro Max untuk pasaran di India. Sebagaimana nama yang digunakan, siri Redmi Note 9 Pro ini memfokuskan kepada keupayaan kamera dan juga prestasi dengan penggunaan tanda pagar #ProCamerasMaxPerformance.

Redmi Note 9 Pro Max dan Note 9 Pro masing-masing menampilkan paparan IPS LCD berukuran 6.67 inci dengan resolusi FHD+. Tersedia dengan rekaan skrin jenis Dot Display, Note 9 Pro Max dan Note 9 Pro masing-masing menyokong kamera depan beresolusi 32MP dan 16MP.

Dari segi prestasi, kedua-dua model ini adalah setanding kerana telah dikuasakan dengan cipset Snapdragon 720G dengan sokongan MIUI 11 berasaskan Android 10. Ia juga memiliki RAM LPDDR4X sehingga 8GB, storan dalaman UFS 2.1 sehingga 128GB, dan juga slot dedikasi untuk kad microSD.

Keupayaan penggambaran Note 9 Pro Max telah menampilkan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP + 8MP (Ultra Wide) + 5MP (Macro) + 2MP (Depth). Manakala untuk Note 9 Pro, lensa utamanya telah digantikan dengan kamera beresolusi 48MP.

Antara ciri kamera menarik yang disokong termasuklah AI Portrait, rakaman video 21:9, mod Pro Colour, mod penggambaran RAW, swafoto Slo-Mo, penstabilan rakaman video, dan juga Kaleidoscope.

Ketahanan bateri Note 9 Pro Max dan Note 9 Pro masing-masing telah dijana dengan bateri berkapasiti 5020mAh. Namun begitu Note 9 Pro Max didatangkan di dalam kotak dengan teknologi pengecasan pantas 33W, dan Note 9 Pro pula menyokong teknologi 18W.

Bagi memastikan rekaan yang lebih kukuh, kedua-dua model ini telah menampilkan sokongan panel Corning Gorilla Glass 5 pada tiga bahagian utama iaitu skrin, panel belakang, dan juga panel kameranya. Tidak cukup dengan itu, ia turut mendapat perlindungan daripada habuk dan air dengan pengiktirafan daripada P2i.

Siri Redmi Note 9 Pro ini tersedia dalam tiga warna pilihan iaitu biru, putih dan hitam. Berikut adalah harga jualan untuk Redmi Note 9 Pro Max dan juga Redmi Note 9 Pro:

  • Redmi Note 9 Pro Max
    • 6GB + 64GB – INR14,999 (~RM862)
    • 6GB + 128GB – INR16,999 (~RM977)
    • 8GB + 128GB – INR18,999 (~RM1,091)
  • Redmi Note 9 Pro
    • 4GB + 64GB – INR12,999 (~RM747)
    • 6GB + 128GB – INR15,999 (~RM919)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend