Redmi Note 9 Akan Dilancarkan Pada 12 Mac Di India Comments Off on Redmi Note 9 Akan Dilancarkan Pada 12 Mac Di India

Redmi, jenama dibawah payung Xiaomi hari ini telah mengumumkan tarikh pelancaran siri Redmi Note 9. Menurut ciapan akaun rasmi syarikat tersebut, majlis pelancaran peranti terbaru itu akan diadakan pada minggu hadapan, 12 Mac 2020 di India.

Melihat kepada poster yang dimuat naik, Redmi seolah-olah memberi gambaran bahawa siri Redmi Note 9 bakal hadir dengan sistem kuadkamera. Selain itu, angka ‘9’ yang dipamerkan juga memperlihatkan arus tenaga yang merujuk kepada sistem pengecasan peranti. Tidak mustahil, model yang akan dilancarkan ini menyokong pengecasan pantas yang telah dinaik taraf.

Bagaimanapun, tiada butiran lain mengenai spesifikasi didedahkan. Kita mungkin mendengarnya lebih lanjut menjelang pelancaran nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend