Redmi Note 8 Pro Raih Skor 84 Mata Di DxOMark, Berkongsi Kedudukan Dengan Black Shark 2 Comments Off on Redmi Note 8 Pro Raih Skor 84 Mata Di DxOMark, Berkongsi Kedudukan Dengan Black Shark 2

Apabila dilancarkan secara rasmi, Redmi Note 8 Pro telah berjaya menarik perhatian banyak pihak apabila ia telah diperkenalkan dengan sokongan kuad kamera beresolusi 64MP yang pertama di dunia.

Dilengkapi dengan konfigurasi kuad kamera yang terdiri daripada lensa utama 64MP menggunakan sensor Samsung GW1, ia turut menyokong tiga lensa tambahan iaitu 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth).

Sungguhpun didatangkan dengan lensa beresolusi tinggi, skor prestasi kamera untuk model Redmi Note 8 Pro ini dilihat agak sederhana kerana ia berada di kedudukan ke-61 dengan skor keseluruhan hanya 84 mata seperti yang dikongsikan dalam laman DxOMark.

Berdasarkan kesimpulan yang dibuat, kamera statik telah mencatatkan skor sebanyak 87 mata. Manakala untuk keupayaan rakaman video pula ia hanya memperolehi skor sebanyak 78 mata, iaitu jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan keupayaan rakaman video Black Shark 2 yang mencatatkan 85 mata.

Namun berdasarkan perkongsian pemilik Redmi Note 8 Pro, kualiti gambar peranti ini mampu diperbaiki dengan jauh lebih baik melalui pemasangan aplikasi GCam (Google Camera).

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend