Redmi Note 8 Dan Redmi Note 8 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 8 Oktober 2019 Comments Off on Redmi Note 8 Dan Redmi Note 8 Pro Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 8 Oktober 2019 356

Teka-teki berhubung ketersediaan model Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro untuk pasaran tempatan akhirnya telah terjawab, apabila Xiaomi Malaysia hari ini telah mengesahkan akan melancarkan siri Redmi Note 8 pada 8 Oktober 2019 nanti.

Berbeza dengan siri Redmi Note 7 yang sebelum ini hadir dengan sokongan dwi kamera, siri Redmi Note 8 telah menampilkan sokongan kuad kamera. Sebagaimana yang diketahui, Redmi Note 8 menyokong konfigurasi kuad kamera beresolusi 48MP + 8MP + 2MP + 2MP, manakala Redmi Note 8 Pro pula tersedia dengan kuad kamera beresolusi 64MP + 8MP + 2MP + 2MP.

Redmi Note 8 Pro
Redmi Note 8

Jadi bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci berhubung harga dan bila Redmi Note 8 dan Redmi Note 8 Pro mula dijual di Malaysia, nantikan laporan pelancaran daripada kami pada 8 Oktober 2019 nanti.

Baca juga:

Redmi Note 8 / 8 Pro Dilancarkan, Pro Jadi Telefon Pertama Dengan Kamera 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend