Redmi Note 8 / 8 Pro Dilancarkan, Pro Jadi Telefon Pertama Dengan Kamera 64MP Comments Off on Redmi Note 8 / 8 Pro Dilancarkan, Pro Jadi Telefon Pertama Dengan Kamera 64MP

Redmi Note 8 dan Note 8 Pro akhirnya diperkenalkan secara rasmi sebentar tadi selepas kejayaan menerusi siri Note 7. Harganya masih lagi pada paras mampu milik malah versi Pro juga menjadi peranti pertama dengan kamera 64MP.

Kita mulakan dengan Redmi Note 8, peranti ini hadir dengan cipset Snapdragon 665 lapan teras berasaskan pemproses 11nm. Generasi kali ini turut menerima konfigurasi empat kamera belakang menggabungkan sensor 48MP Samsung ISOCELL + 8MP ultra-lebar, 2MP lensa makro + 2MP kedalaman. Manakala kamera depan menempatkan sensor 13MP.

Note 8 menggunakan paparan 6.3-inci LCD FHD+ dan memandangkan ia bukan dari panel OLED, pengimbas cap jari masih dikekalkan di panel belakang. Melengkapkan peranti, ia dibekalkan bateri berkapasiti 4000mAh melalui sambungan USB Type-C sokongan pengecasan 18W. Ia dikeluarkan dengan pilihan warna Hitam, Putih, dan Biru.

Beralih kepada Redmi Note 8 Pro pula, telefon pintar ini didatangkan dengan paparan 6.53-inci juga di atas skrin LCD beresolusi FHD+. Pemproses yang digunakan pula adalah MediaTek Helio G90T yang direka khusus untuk permainan mudah alih. Menguatkan kuasa dalaman, memori sebesar 6/8GB RAM disertakan bersama storan seluas 64/128GB. Bersama-samanya juga adalah bateri 4500mAh dengan sokongan pengecasan 18W – sama seperti model asas.

Bercakap tentang kamera, Note 8 Pro hadir dengan deretan empat kamera, satu daripadanya 64MP ISOCELL Bright GW1 terbaru + 8MP ultra-lebar + 2MP lensa makro + 2MP kedalaman – tiga sensor yang sama seperti Note 8. Bagaimanapun, kamera depan memiliki sensor sedikit besar iaitu 20MP.

Note 8 Pro dibina dengan sistem penyejukan ‘liquid cooling chamber’ dengan fungsi sambungan 4G dan WiFi serentak untuk pengalaman permainan yang lebih imersif. Warna-warna yang ditawarkan adalah Hitam, Hijau, dan Putih.

Note 8 dan Note 8 Pro akan berada di pasaran seawal September dan berkenaan harga, ia akan diumumkan dalam masa terdekat ini.

Kemas kini – Harga

Redmi Note 8:

  • 4/64GB – CNY999 (~RM589)
  • 6/64GB – CNY1199 (~RM707)
  • 6/128GB – CNY1399 (~RM825)

Redmi Note 8 Pro:

  • 6/64GB – CNY1399 (~RM825)
  • 6/128GB – CNY1599 (RM943)
  • 8/128GB – CNY1799 (~RM1061)

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend