Redmi Note 7 Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 19 Mac 2019 2 274

Dilancarkan secara rasmi pada Januari 2019 yang lalu di China, akhirnya penantian peminat Redmi tempatan untuk memiliki Redmi Note 7 sudah terjawab hari ini.

Melalui perkongsian jemputan media yang dihantar oleh Xiaomi Malaysia, Redmi Note 7 telah disahkan akan dilancarkan secara rasmi di negara ini pada 19 Mac 2019 (Selasa). Sebagaimana yang kita ketahui, Redmi Note 7 menampilkan sokongan Snapdragon 660, MIUI 10 berasaskan Android 9.0 Pie, bateri 4000 mAh dengan Quick Charge 4.0, dan juga keupayaan mengambil gambar 48MP.

Jadi bagi mengetahui harga dan juga tarikh jualan rasmi Redmi Note 7 di Malaysia, nantikan pendedahan yang akan dibuat pada hari pelancarannya nanti.

Baca juga:

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend