Redmi Note 7 Pro Kini Rasmi Dengan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586 0 256

Seperti yang telah kami kongsikan beberapa hari yang lalu, versi peningkatan untuk Redmi Note 7 iaitu model Redmi Note 7 Pro telahpun dilancarkan secara rasmi di India hari ini. Berbeza dengan model sebelum ini, Redmi Note 7 Pro telah menyokong spesifikasi yang telah dipertingkatkan.

Pembaharuan paling ketara yang dapat dilihat pada Redmi Note 7 Pro adalah sokongan cipset Qualcomm Snapdragon 675 yang menggantikan Snapdragon 660 pada model Redmi Note 7. Selain itu ia juga kini telah menggunakan sensor kamera 48MP daripada Sony IMX586, berbanding sensor Samsung ISOCELL GM1.

Sokongan ruang memori untuk Redmi Note 7 Pro juga kini telah dipertingkatkan dengan 6GB RAM dan juga pilihan ruang storan sehingga 128GB. Manakala spesifikasi lain masih dikekalkan sama seperti sebelum ini iaitu dioperasikan oleh MIUI 10, skrin 6.3 inci IPS LCD FHD+, 4000 mAh, kamera swafoto 13MP, dan juga teknologi pengecasan pantas 18W.

Redmi Note 7 Pro akan dijual bermula 13 Mac nanti di India dalam tiga warna pilihan iaitu biru, merah dan juga hitam. Ia akan dijual pada harga Rs.13,999 (kira-kira RM801) untuk varian 4GB + 64GB, dan varian 6GB + 128GB pula dijual pada harga Rs.16,999 (kira-kira RM973).

Sumber

Baca juga:

Redmi Note 7 Pro Akan Dilancarkan Dengan Sokongan Snapdragon 675 Dan Sensor Kamera 48MP Sony IMX586

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend