Redmi Note 7 Habis Dijual Dalam Masa Kurang 9 Minit Dalam Jualan Pertamanya Di China Comments Off on Redmi Note 7 Habis Dijual Dalam Masa Kurang 9 Minit Dalam Jualan Pertamanya Di China

Redmi Note 7 yang telah dilancarkan pada minggu lepas telahpun mula dijual secara rasmi untuk pasaran di China pada hari ini. Apa yang mengejutkan sambutan terhadap model itu adalah diluar jangkaan apabila ia telah berjaya dijual dalam tempoh hanya 8 minit 36 saat sahaja.

Sebelum ini Redmi telah membuka pra-tempah untuk Redmi Note 7 dan kemudiannya menghentikan sesi pra-tempah itu selepas dua hari ia dibuka. Sesi pra-tempah itu telah dibuka semula semalam tetapi ia kembali ditutup selepas 20 minit kerana permintaan terhadap peranti itu melebihi sasaran awal Redmi.

Redmi walau bagaimanapun akan mula menjual semula Redmi Note 7 untuk pasaran di China pada 18 Januari nanti, dengan menawarkan tiga varian iaitu 3GB + 32GB berharga CNY999 (kira-kira RM603), 4GB + 64GB berharga CNY1,199 (kira-kira RM724), dan varian tertinggi 6GB + 64GB berharga CNY1,399 (kira-kira RM845).

Baca juga:

Redmi Note 7 Sah Akan Dibawa Masuk Ke Malaysia Secara Rasmi Pada Februari 2019

Redmi Note 7 Kini Rasmi Dengan Snapdragon 660, 6GB RAM, Kamera 48MP Dan Quick Charge 4.0

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend