Redmi Nak Lancar Telefon Baharu 11 Feb Ini, Dwikamera Dan Bateri 5000mAh Comments Off on Redmi Nak Lancar Telefon Baharu 11 Feb Ini, Dwikamera Dan Bateri 5000mAh

Redmi akan melancarkan sebuah model telefon pintar baharu pada 11 Februari ini di India.

Redmi nampaknya telah mula mempromosikan produk tersebut di laman sesawang mereka menerusi beberapa keping poster yang mendedahkan sedikit butiran mengenainya tanpa menyatakan apakah model yang ingin dilancarkan.

Menurut khabar angin, Redmi akan melancarkan model Redmi 8A seterusnya yang berkemungkinan Redmi 9A.

Gambaran awal menunjukkan peranti hadir dengan sistem dwikamera belakang serta dikuasakan sekeping bateri berkapasiti 5000mAh. Selain itu, peranti akan dilengkapi kerangka badan yang mudah dicengkam.

Maklumat yang lebih terperinci akan diperdengarkan kepada kita pada hari pelancaran nanti. Jadi sama-sama kita tunggu.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend