Redmi Memperlihatkan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin LCD Comments Off on Redmi Memperlihatkan Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin LCD

Kita sedia maklum buat masa ini teknologi pengimbas cap jari pada skrin hanya terdapat pada panel OLED dan AMOLED sahaja. Jika anda masih ingat, dua tahun lalu Vivo telah menjadi syarikat pertama yang memperkenalkan ciri biometrik tersebut pada telefon Vivo X20 Plus UD.

Hari ini, Redmi telah memperlihatkan video demo menunjukkan fungsi tersebut boleh diguna pakai pada panel LCD. Perkara ini telah disahkan sendiri oleh Pengurus Jenama Redmi, Lu Weibing yang mengumumkan kejayaan syarikatnya dalam mengimplementasikan teknologi itu pada telefon prototaip Redmi Note 8 Pro.

Antara isu yang menyebabkan panel LCD tidak dapat menyokong sistem keselamatan itu adalah modul lampu belakang yang boleh menggangu sensor optikal pengimbas cap jari. Bagaimanapun pasukan R&D (penyelidikan dan pembangunan) Redmi berjaya menyelesaikan isu tersebut dan Redmi kini mula menghasilkan teknologi itu untuk pengeluaran besar-besaran.

Untuk pengetahuan anda, sebelum Redmi ada sebuah syarikat China yang telah berjaya menghasilkan teknologi sebegini pada skrin LCD. Tetapi nampaknya Redmi yang muncul untuk produksi telefon pintar tidak lama lagi.

Redmi tidak menyatakan model telefon apakah yang akan menggunakan teknologi ini. Jangkaan awal adalah mungkin hadir pada Redmi Note 9 atau Redmi K30 Pro. Sama-sama kita nantikan.

melalui

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend