Redmi K30 Sebenarnya Menyokong Rekaan Dua Lubang Kamera Depan Yang Berasingan – Video Comments Off on Redmi K30 Sebenarnya Menyokong Rekaan Dua Lubang Kamera Depan Yang Berasingan – Video

Redmi selaku sub-jenama Xiaomi baru sahaja melancarkan siri Redmi K30 secara rasmi di China pada minggu lepas. Mirip seperti rekaan skrin pada Galaxy S10+, Redmi K30 turut menyokong rekaan dwi kamera berbentuk seperti pil pada bahagian kanan paparan skrinnya.

Namun begitu berdasarkan kepada beberapa laporan yang dikongsikan oleh pemilik Redmi K30 4G dan Redmi K30 5G, Redmi sebenarnya telah menggunakan rekaan dua lubang kamera depan yang berasingan. Perkara ini disedari selepas pemilik peranti ini mengaktifkan mod paparan untuk menyembunyikan lubang kamera, jelas dapat dilihat bahawa antaramuka MIUI telah menggelapkan bahagian kosong antara dwi kamera tersebut.

 

Siri Redmi K30 menyokong paparan skrin IPS LCD berukuran 6.67 inci dengan panel 120Hz, dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 765G, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 256GB, dan juga bateri berkapasiti 4500mAh dengan pengecasan pantas 30W.

Baca juga:

Siri Redmi K30 Kini Rasmi Dengan Skrin IPS LCD 6.67″, Paparan 120Hz Dan Kamera 64MP Sony IMX686

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend