Redmi K30 Disahkan Menyokong Kamera 64MP Dengan Menggunakan Sensor Sony IMX686 Comments Off on Redmi K30 Disahkan Menyokong Kamera 64MP Dengan Menggunakan Sensor Sony IMX686

Dijadualkan akan dilancarkan secara rasmi di China pada minggu depan, Redmi K30 bakal membawakan pelbagai pembaharuan dan penambahbaikan pada rekaan fizikal dan juga spesifikasinya. Semakin dekat dengan tarikh pelancarannya, semakin banyak maklumat yang telah Xiaomi dedahkan tentang peranti terbarunya ini.

Redmi K30 sebelum ini telah didedahkan akan hadir dengan sokongan kamera 64MP sama seperti Redmi Note 8 Pro. Namun berbeza dengan model Redmi Note 8 Pro yang menggunakan sensor Samsung ISOCELL GW1, Redmi K30 merupakan telefon pintar pertama yang akan dilengkapi dengan sensor Sony IMX686.

Berdasarkan poster acah yang dikongsikan, sensor Sony IMX686 akan menyokong sensor sebesar 1/1.7″, dan saiz piksel sebesar 1.6µm (4-in-1 pixel binning). Walau bagaimanapun mod 64MP hanya boleh diaktifkan secara manual dan resolusi default telah ditetapkan kepada 16MP.

Hasil gambar Redmi K30 menggunakan kamera 64MP dengan sensor Sony IMX686:

This slideshow requires JavaScript.

Baca juga:

Redmi K30 Dan OPPO Reno 3 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset 5G Snapdragon 765G

Ketirisan Imej Sebenar Redmi K30 Mengesahkan Sokongan Skrin 120Hz Dan Pengecasan Pantas 30W

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend