Redmi K30 Dan OPPO Reno 3 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset 5G Snapdragon 765G Comments Off on Redmi K30 Dan OPPO Reno 3 Disahkan Akan Dikuasakan Dengan Cipset 5G Snapdragon 765G

Serentak dengan acara Snapdragon Tech Summit 2019, Naib Pengerusi Xiaomi dan juga Naib Presiden OPPO turut mengesahkan bahawa mereka akan memperkenalkan telefon pintar kelas pertengahan dengan sokongan cipset Snapdragon 765G. Pengumuman ini secara tidak langsung telah menjadikannya antara dua jenama terawal menawarkan peranti dengan sokongan dwi mod 5G (SA/NSA).

Dijadualkan akan dilancarkan pada 10 Disember ini, Xiaomi dilihat turut mengesahkan perkara tersebut melalui perkongsian poster yang menyaksikan sokongan cipset 5G Snapdragon 765G untuk model Redmi K30. Berdasarkan ketirisan sebelum ini, ia akan hadir dengan paparan skrin 120Hz, kuad kamera dengan sensor Sony IMX686, dwi kamera depan dan juga pengimbas cap jari pada butang kuasa.

Manakala OPPO Reno 3 yang akan turut dilancarkan sekitar bulan Disember ini turut dikuasakan dengan cipset Snapdragon 765G yang turut disahkan menyokong rangkaian 5G. Walaupun tiada banyak maklumat yang berjaya didedahkan, OPPO Reno 3 sebelum ini dikhabarkan akan hadir dengan bateri berkapasiti 4025mAh dalam kerangka setebal 7.7mm.

Baca juga:

Imej Poster Rasmi Redmi K30 Varian 4G Dan 5G Memperlihatkan Kemasan Kamera Utama Yang Unik

OPPO Reno3 Pro 5G Sokong Bateri Berkapasiti 4025mAh Dengan Kerangka Hanya 7.7mm

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend