Redmi K30 5G Dilengkapi Fungsi ‘5G MultiLink’ Yang Boleh Disambungkan Ke Tiga Rangkaian Serentak Comments Off on Redmi K30 5G Dilengkapi Fungsi ‘5G MultiLink’ Yang Boleh Disambungkan Ke Tiga Rangkaian Serentak

Baru-baru ini Lu Weibing selaku Presiden Kumpulan Xiaomi yang juga merangkap Pengurus Besar Xiaomi telah memperkenalkan fungsi baharu untuk Redmi K30 5G iaitu ‘5G MultiLink’. Melalui sokongan fungsi ini, Redmi K30 5G boleh disambungkan ke tiga rangkaian berbeza secara serentak untuk meningkatkan kepantasan data.

Redmi K30 5G boleh disambungkan ke tiga rangkaian iaitu WiFi 2.4GHz,  WiFi 5GHz, dan juga rangkaian mudah alih 5G atau 4G secara serentak. Sambungan yang lebih menyeluruh ini secara tidak langsung mampu sambungan data yang lebih pantas dan dalam masa yang sama menjanjikan rangkaian yang lebih stabil.

Sebagai rujukan, fungsi ‘5G MultiLink’ adalah berbeza dengan fungsi sedia ada di pasaran, ini kerana kebanyakan peranti hanya menyokong kaedah penukaran sambungan WiFi ke rangkaian mudah secara automatik apabila sistem mengenal pasti sambungan WiFi yang digunakan adalah lemah.

sumber (Bahasa Cina)

Baca juga:

Redmi K30 Sebenarnya Menyokong Rekaan Dua Lubang Kamera Depan Yang Berasingan – Video

Siri Redmi K30 Kini Rasmi Dengan Skrin IPS LCD 6.67″, Paparan 120Hz Dan Kamera 64MP Sony IMX686

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend