Redmi K20 Pro Dan Redmi K20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 855/730, Skrin 6.39″ AMOLED dan Bateri 4000 mAh Comments Off on Redmi K20 Pro Dan Redmi K20 Kini Dilancarkan Secara Rasmi Dengan Snapdragon 855/730, Skrin 6.39″ AMOLED dan Bateri 4000 mAh 950

Redmi selaku sub-jenama untuk Xiaomi hari ini telah melancarkan siri Redmi K20 dengan kemunculan dua model terbaharunya iaitu Redmi K20 Pro dan juga Redmi K20. Majlis pelancaran yang berlangsung di Beijing University Gymnasium ini sememangnya mendapat perhatian banyak pihak kerana ia menjanjikan sokongan spesifikasi yang sangat baik.

Dari segi penampilan fizikal, Redmi K20 Pro dan Redmi K20 menawarkan rekaan yang sama iaitu paparan skrin AMOLED sebesar 6.39 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel). Bahkan kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan teknologi pengimbas cap jari di dalam skrin generasi ke-7 yang lebih pantas dan tepat.

Redmi K20 Pro dikuasakan dengan Snapdragon 855, manakala Redmi K20 pula dikuasakan dengan Snapdragon 730.

Redmi K20 Pro telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855, memori RAM sehingga 8GB, dan juga ruang storan sehingga 256GB. Manakala Redmi K20 pula dikuasakan dengan cipset Snapdragon 730, memori RAM 6GB, serta ruang storan sehingga 128GB. Kedua-duanya juga disertakan dengan bateri berkapasiti 4000 mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 27W (Redmi K20 Pro) dam 18W (Redmi K20).

Kedua-dua varian dari siri Redmi K20 hadir dengan sokongan tiga kamera.
Redmi K20 Pro sokong pengecasan pantas 27W, manakala Redmi K20 pula hadir dengan pengecasan pantas 18W.

Keupayaan penggambaran Redmi K20 Pro dan Redmi K20 telah dilengkapi dengan tiga kamera beresolusi 48MP (f/1.8, Sony IMX586) + 13MP (Ultra Wide Angle) + 8MP (Telephoto, 2x zum optikal). Kualiti penggambaran swafoto untuk kedua-dua model ini pula menawarkan rekaan kamera terangkat beresolusi 20MP.

Ciri-ciri lain yang disokong oleh Redmi K20 Pro dan Redmi K20, termasuklah port USB Type-C, bicu audio 3.5mm, audio berkualiti Hi-Fi, Bluetooth 5.0, mod Super Night Scene, rakaman video gerak perlahan 960fps, dan juga teknologi Dual-Band GPS yang mampu menyokong ciri penglokasian yang lebih tepat dan pantas.

Harga jualan Redmi K20 Pro:

kredit gambar: Gizchina
  • 6GB + 64GB – CNY2,499 (~ RM1,512)
  • 6GB + 128GB – CNY2,599 (~ RM1,577)
  • 8GB + 128GB – CNY2,799 (~ RM1,698)
  • 8GB + 256GB – CNY2,999 (~ RM1,820)

Harga jualan Redmi K20:

kredit gambar: Gizchina
  • 6GB + 64GB – CNY1,999 (~ RM1,213)
  • 6GB + 128GB – CNY2,099 (~ RM1,273)
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend