Redmi Go Kini Rasmi Pada Harga Kurang RM400 – Android Oreo Go, Bateri 3000mAh Comments Off on Redmi Go Kini Rasmi Pada Harga Kurang RM400 – Android Oreo Go, Bateri 3000mAh

Redmi Go kini rasmi sebagai telefon pintar asas pertama daripada Redmi (sub-jenama Xiaomi). Hampir semua spesifikasi sama seperti yang tertiris seperti sebelum ini.

Redmi Go memiliki kelengkapan untuk seorang pengguna ‘bayi’ kerana dilengkapi cipset Snapdragon 845, memori RAM sebesar 1GB, dan storan hingga 16GB seluas 8GB sahaja. Tetapi peranti ini menyediakan ruang slot untuk kad microSD sekiranya storan asal tidak mencukupi.

Dikuasakan daripada bateri 3000mAh, ia turut dijana sistem operasi Android Go iaitu android asli versi ringan. Malangnya, tidak seperti peranti 2019, ia cuma membawakan Android berasaskan Oreo dan bukannya Pie. Skrin peranti ini dipadankan dengan paparan bersaiz 5-inci (1280 x 720p) dan kamera belakang 8MP serta kamera depan 5MP.

Redmi Go dijangka berada di pasaran Eropah Februari ini pada harga €80 (~RM376) seunit dan dijangka memasuki Malaysia tidak lama lagi berikutan pengesahan SIRIM yang tersebar baru-baru ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend