Redmi Dipercayai Akan Perkenal Peranti Dengan Cipset Dimensity 800, Mungkinkah Redmi Note 9 Pro?! Comments Off on Redmi Dipercayai Akan Perkenal Peranti Dengan Cipset Dimensity 800, Mungkinkah Redmi Note 9 Pro?!

Menurut pendedahan yang dikongsikan oleh DigitalChatStation di Weibo, Redmi dikatakan akan menjadi jenama telefon pintar pertama yang akan memperkenalkan telefon pintar dengan sokongan cipset MediaTek Dimensity 800.

Baca juga: https://teknoratz.com/redmi-note-9-akan-dilancarkan-pada-12-mac-di-india/

Walaupun tidak didedahkan apakah model yang dimaksudkan, berkemungkinan besar model itu merujuk kepada Redmi Note 9 Pro. Ini berikutan tarikh pelancaran siri Redmi Note 9 yang berlangsung di India pada 12 Mac nanti.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan sama ada varian Redmi Note 9 Pro dengan sokongan cipet MediaTek Dimensity 800 ini akan hanya diperkenalkan untuk pasaran di China ataupun termasuk untuk pasaran global. (Kemas kini: Redmi Note 9 Pro untuk pasaran global dipercayai menggunakan cipset Snapdragon 720G).

Cipset Dimensity 800 ini telah diumumkan oleh MediaTek pada hujung tahun lepas. Sama seperti cipset Dimensity 1000 dan Dimensity 1000L, cipset Dimensity 800 ini turut menyokong modem 5G dan ia dikhususkan untuk peranti kelas pertengahan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend