Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dan Quick Charge 3.0 Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM459 Comments Off on Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dan Quick Charge 3.0 Kini Mula Dijual Secara Rasmi Pada Harga RM459

Pada penghujung bulan lepas, kami telahpun berkongsi bahawa terdapat penjual tempatan sudahpun mula menawarkan Redmi 8A dengan sokongan jaminan waranti satu tahun daripada Xiaomi Malaysia.

Menariknya bermula 10 November 2019 yang lalu, Xiaomi Malaysia telahpun disahkan mula menjual Redmi 8A secara rasmi untuk pasaran tempatan. Ditawarkan pada harga RM459, Redmi 8A hanya tersedia dalam satu varian sahaja iaitu 2GB + 32B dan boleh dimiliki di semua Mi Store di seluruh negara.

Redmi 8A dikuasakan dengan Snapdragon 439, dioperasikan oleh MIUI 10 (Android 9.0 Pie), skrin 6.22 inci IPS LCD HD+, kamera utama 12MP, kamera depan 8MP, tiga slot kad, dan juga bateri 5000mAh dengan pengecasan pantas 18W (Quick Charge 3.0).

Baca juga:

Penjual Tempatan Mula Menawarkan Redmi 8A Dengan Bateri 5000mAh Dan Pengecasan Pantas 18W

Redmi 8 Dan Redmi 8A Disahkan Menyokong Fungsi Khas Untuk Singkirkan Habuk Pada Speaker

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend