Redmi 8 Dengan Pengecasan Pantas 18W Akan Dijual Pada 12 Oktober 2019 Dengan Harga Bermula RM499 Comments Off on Redmi 8 Dengan Pengecasan Pantas 18W Akan Dijual Pada 12 Oktober 2019 Dengan Harga Bermula RM499 337

Siri Redmi Note 8 baru sahaja dilancarkan di negara ini pada 8 Oktober 2019 yang lepas, dan kini Xiaomi Malaysia telah membuat satu lagi kejutan dengan mengumumkan ketersediaan jualan Redmi 8 secara rasmi di Malaysia.

Redmi 8 yang dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 439 (12nm) ini merupakan telefon pintar pertama menampilkan sokongan teknologi pengecasan pantas 18W dalam segmen harganya. Selain menjanjikan masa mengecas yang lebih cepat, ia turut menjanjikan ketahanan bateri yang lebih baik dengan sokongan bateri berkapasiti 5000mAh.

Ditawarkan dalam dua varian iaitu 3GB + 32GB dan 4GB + 64GB, Redmi 8 turut menyediakan tiga slot kad berasingan untuk sokongan dua kad nano SIM dan juga satu slot kad microSD (sehingga 512GB). Paparan skrinnya menampilkan skrin Dot Drop HD+ berukuran 6.22 inci dengan rekaan takuk kecil untuk menempatkan kamera depan 8MP yang dilengkapi mod AI Portrait.

Redmi 8 ditawarkan dalam tiga warna pilihan iaitu Onyx Black, Sapphire Blue dan juga Ruby Red. Ditawarkan dalam dua ruang storan berbeza, Redmi 8 dengan 4GB + 64GB akan dijual di Lazada, Shopee dan juga Mi Stores pada harga RM599 bermula esok (12 Oktober 2019). Pembelian pada hari pertama jualan akan turut menerima Mi Compact Bluetooth Speaker 2 (RM49) secara percuma.

Manakala Redmi 8 dalam versi 3GB + 32GB pula akan dijual pada harga RM499 bermula 18 Oktober 2019 nanti. Walau bagaimanapun, ia akan dijual eksklusif secara atas talian di Lazada dan Shopee sahaja.

Spesifikasi Redmi 8:

  • Qualcomm Snapdragon 439 (12nm)
  • Lapan teras 2.0GHz
  • 3GB + 32GB / 4GB + 64GB (LPDDR3/eMMC 5.1)
  • microSD sehingga 512GB
  • 6.22 inci IPS LCD HD+ (1520 x 720 piksel)
  • 2.5D Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 8MP (AI Portrait, Palm shutter)
  • Kamera utama: 12MP + 2MP (Depth sensor)
  • 5000mAh (18W)
  • USB Type-C, Bluetooth v4.2, bicu audio 3.5mm
  • 156.48 x 75.41 x 9.4mm / 190g

Beli Redmi 8 secara atas talian, eksklusif hanya di:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend