Redmi 7A Dengan Snapdragon 439 Dan Bateri 4000 mAh, Berharga RM459 Akan Dijual Di Shopee Pada 7 Julai 2019 Comments Off on Redmi 7A Dengan Snapdragon 439 Dan Bateri 4000 mAh, Berharga RM459 Akan Dijual Di Shopee Pada 7 Julai 2019 361

Shopee Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran peranti bajet terbaharu iaitu Redmi 7A khusus untuk pengguna di Malaysia. Dijual pada harga RM459, Redmi 7A dengan konfigurasi memori 2GB + 32GB boleh dibeli secara rasmi melalui kedai rasmi Xiaomi Global Store di platform Shopee pada 7 Julai 2019 ini.

Dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 439, Redmi 7A turut menampilkan sokongan paparan skrin 5.45 inci HD+ (1440 x 720 piksel) dan juga bateri berkapasiti 4000 mAh dengan output pengecasan 10W. Dengan rekaan skrin tanpa takuk, peranti mampu milik ini turut dilengkapi dengan kamera utama beresolusi 13MP (f/2.2). Manakala kamera depannya pula beresolusi 5MP dengan sokongan AI Portrait Mode, AI Smart Beauty, HDR dan juga fungsi pengecaman wajah.

Bersempena dengan promosi ‘Shopee 7.7 OrangeMadness’ yang akan berlangsung pada 7 Julai nanti,  Redmi 7A akan ditawarkan dalam kuantiti yang terhad bermula jam 12 tengah malam. Anda juga boleh menikmati lebih penjimatan dengan memasukkan kod baucar ‘XIAOMI707’ bagi mendapatkan rebat RM10 apabila berbelanja minimum RM150 di Xiaomi Global Store di Shopee.

Setiap pembelian produk melalui kedai rasmi Xiaomi Global Store di Shopee adalah 100% asli dan servis selepas jualan boleh dinikmati di semua pusat servis Xiaomi yang sah. Pengguna hanya perlu melampirkan resit belian untuk menikmati jaminan waranti dari Xiaomi Malaysia.

Baca juga:

Shopee Lancar Kempen ‘Shopee24 Express Delivery’ Dan ‘Shopee 7.7 Orange Madness’

3 Model Realme Ini Dijual Dengan Diskaun Sehingga RM300 Untuk Tempoh Terhad – 3 & 7 Julai 2019

Shopee Memperkenalkan Program Waranti Perlindungan Aplikasi Untuk Peranti HUAWEI

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend