realme XT Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Nightscape Untuk Kamera Depan Comments Off on realme XT Terima Kemas Kini Baharu Dengan Sokongan Mod Nightscape Untuk Kamera Depan

Jika sebelum ini realme telah memperkenalkan kemas kini baharu untuk model seperti realme 5 Pro, realme 5, realme 3, realme 3i dan realme 2 Pro. Nampaknya model yang baru dilancarkan di Malaysia pada hujung bulan lepas iaitu realme XT pula menerima kemas kini versi RMX1921EX_11.A.12.

Berdasarkan log perubahan yang dikongsikan, kemas kini baharu ini akan memfokuskan kepada penambahbaikan dan juga sokongan fungsi baharu untuk kamera realme XT. Antaranya yang diperkenalkan termasuklah seperti berikut:

  • Mod Nightscape untuk kamera depan
  • Memperbaiki kualiti rakaman video apabila menggunakan lensa sudut lebar
  • Mengurangkan noise dalam persekitaran gelap
  • Kejelasan imej pada mod ULTRA 64MP
  • Mengatasi isu crash apabila bertukar ke mod ULTRA 64MP
  • Mengoptimumkan isu kemerahan pada kualiti kamera

Selain itu, kemas kini baharu ini juga memperbaiki kejelasan gambar ketika menggunakan WhatsApp, mempertingkatkan proses pengecaman cap jari, mengatasi isu masalah tidak boleh berdaftar VoWiFi untuk sebahagian telco, memperbaiki isu skirn dan juga tampalan keselamatan Android bulan November 2019.

  • Sekiranya anda masih belum menerima kemas kini baharu ini, anda boleh memasangnya secara manual dengan mengikuti langkah yang diajar pada TIPS ini.

Baca juga:

realme XT Kini Rasmi Di Malaysia, Aksesori Baharu Turut Diumumkan

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend