realme XT Kini Rasmi Di Malaysia, Aksesori Baharu Turut Diumumkan Comments Off on realme XT Kini Rasmi Di Malaysia, Aksesori Baharu Turut Diumumkan

Pasaran telefon pintar Malaysia hari ini menerima pendatang baharu menerusi pelancaran rasmi realme XT. Ya, sebuah lagi telefon kelas pertengahan untuk peminat realme di negara ini.

Dijual pada harga RM1399, ianya peranti yang menawarkan kamera 64MP Samsung GW1 selain dimuatkan bersama beberapa perkakasan yang baik untuk digunakan.

Peranti ini akan dijual di luar talian mulai 9 November 2019 dan tawaran istimewa akan berlangsung pada 11 November 2019 di Lazada.

Pada masa sama, pihak realme turut memperkenalkan variasi 3GB + 32GB untuk realme 5. Sudah tentu harganya lebih murah berbanding konfigurasi terdahulu yang mana ditawarkan pada harga RM549 seunit, juga pada 11.11 eksklusif di Lazada – harga isitimewa RM499.

Tidak ketinggalan, aksesori realme turut diumumkan antaranya seperti:

  • realme power bank – RM129 (kuning, kelabu)
  • realme Buds Wireless – RM149
  • realme Buds 2 – RM49 (RM39 di Shopee 11.11)

Spesifikasi realme XT:

  • 6.4” Super AMOLED FHD+
  • Corning Gorilla Glass 5, pengimbas cap jari bawah skrin
  • ColorOS 6 (berasaskan Android 9 Pie)
  • Qualcomm Snapdragon 712
  • 8GB + 128GB
  • Kamera belakang: 64MP + 8MP + 2MP + 2MP
  • Kamera depan: 16MP Selfie Nightscape
  • 4000mAh VOOC 3.0 (20W)
  • Bluetooh 5.0, USB-C, Dolby Atmos, FM radio, microSD slot
  • Warna: Pearl Blue, Pearl White
  • RM1399
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend