realme X50 Youth Pula Akan Diperkenalkan Dengan Konfigurasi Kamera Lebih Rendah Comments Off on realme X50 Youth Pula Akan Diperkenalkan Dengan Konfigurasi Kamera Lebih Rendah

realme boleh dikatakan antara pengeluar yang sangat komited dalam memperkenalkan model baharu, dan ini boleh dilihat melalui penawaran pelbagai model keluarannya di pasaran.

Jika model realme X50 5G dan realme X50 Pro 5G masing-masing telah dilancarkan pada bulan Januari dan Februari, kini realme telah disahkan akan hadir dengan satu lagi varian baharu yang akan dikenali sebagai realme X50 Youth.

Berbeza dengan dua varian terdahulu, realme X50 Youth akan menyokong konfigurasi kamera yang lebih rendah. Kamera depan realme X50 Youth akan tersedia dengan sokongan dwi kamera beresolusi 16MP + 2MP (Depth). Manakala kamera utamanya pula beresolusi 48MP + 8MP (Ultra Wide) + 2MP (Macro) + 2MP (Depth).

Menariknya realme X5 Youth turut disahkan akan mengekalkan sokongan rangkaian 5G dan juga teknologi pengecasan pantas 30W, sama seperti model realme X50 5G.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend