realme X50 5G Master Edition Line dan Master Edition Dot Diperkenalkan Dengan Kemasan Unik Comments Off on realme X50 5G Master Edition Line dan Master Edition Dot Diperkenalkan Dengan Kemasan Unik

Dalam diam-diam, realme telah memperkenalkan dua varian istimewa untuk model realme X50 5G dengan kehadiran varian Master Edition Line dan juga Master Edition Dot.

Sebagaimana nama yang digunakan, realme X50 5G Master Edition Line hadir dengan sentuhan kemasan panel belakang yang menampilkan susunan jalur menegak pada panel belakangnya. Manakala realme X50 5G Master Edition Dot pula menerima sentuhan bulatan dengan efek circular.

realme X50 5G Master Edition Line dan Master Edition Dot masih mengekalkan sokongan spesifikasi yang sama seperti edisi biasa. Ini termasuklah cipset Snapdragon 765G, kuad kamera 64MP, bateri 4200mAh dengan pengecasan pantas 30W, dan juga skrin 6.57 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz.

Namun begitu, realme X50 5G Master Edition Line dan Master Edition Dot hanya ditawarkan dalam satu pilihan memori sahaja iaitu 12GB RAM dan juga storan dalaman sebesar 256GB.

Kedua-dua edisi istimewa ini ditawarkan pada harga CNY3,099 (~RM1,859) dan realme X50 5G Master Edition Dot sudahpun mula dijual secara rasmi di China. Manakala realme X50 5G Master Edition Line pula akan dijual pada 8 Mac 2020 ini.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend