realme X50 5G Kini Rasmi Dengan Paparan 120Hz, Snapdragon 765G, realme UI Comments Off on realme X50 5G Kini Rasmi Dengan Paparan 120Hz, Snapdragon 765G, realme UI

Tepat seperti yang dijadualkan, realme X50 5G akhirnya dilancarkan secara rasmi di China hari ini. Telefon pintar yang dilengkapi paparan 6.57-inci IPS LCD ini turut menyokong kadar segar semula setinggi 120Hz dan dwikamera swafoto pada skrin.

Pada bahagian dalam, tersemat pula cip pemproses Snapdragon 765G dengan integrasi modem 5G. Manakala jabatan kamera pula menunjukkan realme X50 5G menggunakan sistem kuadkamera 64MP f/1.8 utama, 12MP telefoto, 8MP ultralebar, dan 2MP lensa makro.

Sementara untuk kamera depan, lensa berkembar 16MP+8MP diletakkan pada skrin sekaligus dilihat hampir menyamai rekaan yang dipakai pada peranti mercu Samsung. Pada sistem pengecasan, telefon ini menggunakan teknologi VOOC 4.0 30W untuk mengecas pantas bateri sebesar 4200mAh.

realme X50 5G dijalankan di atas sistem operasi ColorOS 7.0 berasaskan Android 10 tetapi kini dengan pelancar realme tersendiri yang mana berbeza dengan peranti realme terdahulu.

realme X50 5G dijual di China bermula hari ini dalam tiga pilihan varian:

  • 8GB+128GB = CNY2499 (~RM1481)
  • 6GB+256GB = CNY2699 (~RM1600)
  • 12GB+256GB = CNY2999 (~RM1777)

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend