Realme X2 Sah Sokong Cipset Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP Dan 30W VOOC Flash Charge Comments Off on Realme X2 Sah Sokong Cipset Snapdragon 730G, Kuad Kamera 64MP Dan 30W VOOC Flash Charge 316

Realme merupakan jenama telefon pintar yang masih baru di pasaran, namun begitu kemunculannya bukan sekadar untuk memeriahkan pasaran telefon pintar tetapi ia dilihat sudah mampu memecahkan dominasi pasaran untuk segmen peranti mampu milik dan pertengahan. Malah sub-jenama OPPO ini juga dilihat sangat komited dalam memperkenalkan model terbaharu keluarannya dari masa ke semasa.

Berdasarkan perkongsian rasmi di Weibo, Realme baru-baru ini telah mula mendedahkan beberapa maklumat awal berhubung peranti terbaharunya iaitu Realme X2. Melalui pendedahan yang dibuat secara berasingan, Realme X2 telah dilaporkan akan dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 730G (8nm) yang akan memfokuskan aspek prestasi permainan mudah alih.

Realme X2 ini juga disahkan akan menyokong kuad kamera dengan kamera utama beresolusi 64MP, dan juga kamera depan beresolusi 32MP. Manakala untuk ketahanan pengoperasian pula telah digalas oleh bateri berkapasiti 4000mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas 30W VOOC Flash Charge.

Realme sebelum ini turut mendedahkan bahawa Realme X2 dengan skrin AMOLED yang menampilkan pengimbas cap jari dalam skrin ini akan dilancarkan secara rasmi pada 24 September 2019 nanti.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend