realme X2 Pro VS Vivo NEX 3 Comments Off on realme X2 Pro VS Vivo NEX 3

realme X2 Pro telah rasmi di Malaysia pada awal minggu ini dengan tanda harga RM2399 sebuah. Kehadirannya ke pasaran sekaligus membuatkan pesaing lain menjadi gerun malah peranti ini juga layak dinobatkan sebagai ‘flagship killer‘ pada tahun 2019. realme X2 Pro merupakan telefon yang sarat dengan teknologi terkini, sesuai buat pengguna yang mahukan sesuatu yang luar biasa dalam kehidupan mereka.

Bagi mengukur tahap kehebatan realme X2 Pro, kami telah memilih Vivo NEX 3 sebagai pencabarnya. Kedua-dua peranti akan dibandingkan daripada segi rekaan, spesifikasi, fungsi dan juga harga. Berikut adalah lima aspek utama yang kami sempat senaraikan:

Cip pemproses

realme X2 Pro: Qualcomm Snapdragon 855+
Vivo NEX 3: Qualcomm Snapdragon 855+

Kedua-dua telefon ini menggunakan cipset yang sama. Melaluinya, prestasi telefon adalah pada tahap tertinggi selain cekap tenaga. Snapdragon 855+ ketika ini satu-satunya cip pemproses paling canggih yang terdapat pada telefon pintar Android. Cipset ini juga berupaya memproses gambar dengan baik dan pantas selain dapat menjanjikan pengalaman permainan yang lancar.

  • Keputusan: realme X2 Pro (1 mata) – Vivo NEX 3 (1 mata)

Teknologi Pengecasan

realme X2 Pro: 50W SuperVOOC Flash Charge
Vivo NEX 3: 22.5W Vivo FlashCharge

Daripada segi pengecasan, realme X2 Pro memiliki kuasa output lebih sekali ganda berbanding Vivo NEX 3. Malahan masa mengecas realme X2 Pro juga jauh lebih pantas kerana bateri 4000mAh ini dapat dipenuhkan hanya dalam tempoh 35 minit. Secara jujurnya, teknologi sebegini sangat membantu pengguna lebih-lebih lagi mereka seorang yang suka bermain permainan mudah alih.

  • Keputusan: realme X2 Pro (1 mata) – Vivo NEX 3 (0 mata)

Kamera utama

realme X2 Pro: Kuadkamera 64MP
Vivo NEX 3: Trikamera 64MP

Menyentuh bahagian kamera, realme X2 Pro mempunyai empat lensa manakala Vivo NEX 3 dilengkapi tiga lensa. Di sini sahaja, perbezaaan ketara dapat dilihat yang mana realme X2 Pro menyediakan lensa kedalaman untuk penggambaran bokeh yang lebih baik. Ia ditambah pula sokongan dwi-LED flash yang tidak terdapat pada lawan. Kelebihan lensa 64MP pada realme X2 Pro ialah pengguna boleh mengambil gambar jauh dengan jelas menerusi keupayaan zum hibrid sehingga 20x. Manakala Vivo NEX 3 tiada sokongan ini.

  • Keputusan: realme X2 Pro (1 mata) – Vivo NEX 3 (0 mata)

Paparan skrin

realme X2 Pro: Super AMOLED 90Hz
Vivo NEX 3: Super AMOLED 60Hz

Walaupun Vivo NEX 3 dilengkapi paparan melengkung dengan nisbah skrin-ke-kerangka melebihi 99%, pada kami ia agak membimbangkan. Hal ini kerana penggunaan skrin melengkung sepertinya masih lagi di peringkat awal. Perlindungan skrin pihak ketiga juga sukar ditemui di pasaran membuatkan paparan berisiko tinggi untuk pecah sekiranya terjatuh ataupun terhentak.

Jika duit bukan soalnya, anda patut berfikir tentang kepantasan respon skrinnya pula. realme X2 Pro menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz sementara Vivo NEX 3 hanya menyokong 60Hz sahaja. Seperti yang pernah kami maklumkan, kelebihan yang ada pada skrin 90Hz sangat besar peranannya dalam memberikan pengalaman visual terbaik kepada pengguna. Mudah kata, sebaik anda menggunakan realme X2 Pro, pasti anda akan tersenyum dengan kehebatan teknologi paparannya.

  • Keputusan: realme X2 Pro (1 mata) – Vivo NEX 3 (1 mata)

Tanda harga

realme X2 Pro: RM2399
Vivo NEX 3: RM3899

Teknologi yang diguna pakai adalah penyumbang kepada harga sesebuah telefon tersebut. Vivo NEX3 dilengkapi sokongan 5G manakala realme X2 Pro tidak ada sokongan tersebut. Memandangkan di Malaysia tiada rangkaian 5G lagi, fungsi ini boleh dilupakan seketika. Penggunaan paparan melengkung turut menjadi faktor mengapa Vivo NEX 3 dijual pada harga tinggi. Namun begitu, kami masih lagi boleh menutup mata walaupun dua kelebihan tersebut tidak ada pada realme X2 Pro. Apa yang penting ialah penggunaan cipset, memori, bateri, skrin, dan kamera adalah perkara penting yang perlu dilihat terlebih dahulu.

  • Keputusan: realme X2 Pro (1 mata) – Vivo NEX 3 (0 mata)

Kesimpulan

Keputusan penuh dengan mata tertinggi telah memihak kepada realme X2 Pro. Jika anda mempunyai bajet sederhana tetapi pada masa sama mahukan telefon pintar berspesfikasi tinggi, anda patut beri tumpuan sepenuhnya kepada realme X2 Pro.

Tidak dinafikan, telefon ini memiliki pakej lengkap yang patut anda miliki pada tahun 2019. Tidak ada telefon lain di pasaran dengan memori 12GB / 512GB dijual pada harga sebegini rendah. Malahan Vivo NEX 3 dengan harga jualan RM3899 itu sendiri hanya dilengkapi memori 8GB / 256GB. Jurang harga yang luas ini lantas membuatkan kami lebih tertarik pada realme X2 Pro.

*Penafian: Artikel ini dibawakan oleh realme Malaysia

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend