realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge Comments Off on realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge

Pendekatan yang diambil realme kepada orang ramai adalah dengan menawarkan telefon pintar terbaik pada harga yang berpatutan, dan kerana itu nama realme kini menjadi bualan orang ramai. Peranti yang ditunggu-tunggu realme X2 Pro hampir tiba ke pasaran Malaysia, mungkin ada diantara anda yang masih belum mengenali peranti ini. Selain dikuasakan cip pemproses kelas flagship, realme X2 Pro turut dilengkapi teknologi pengecasan pantas yang paling pantas di pasaran pada ketika ini.

50W SuperVOOC Flash Charge

Teknologi 50W SuperVOOC Flash Charge membolehkan bateri dicas dengan cukup laju hanya dalam tempoh 35 minit. Malahan, teknologi ini juga turut dilindungi sistem pintar cip lima-teras yang akan memantau arus elektrik mengikut masa sebenar. Jadi, ia selamat digunakan.

50W SuperVOOC Flash Charge memberikan anda ketenangan minda semasa memainkan permainan. Mengecas bateri sehingga 80% cuma mengambil masa 30 minit sahaja, oleh itu pengguna tidak perlu meninggalkan permainan mereka untuk tempoh yang panjang.

Baca juga: realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

Apa perlu anda lakukan sekiranya pengecas 50W SuperVOOC Flash Charge tertinggal di rumah? Usah risau, pengecas 18W Power Delivery (PD) boleh digunakan tanpa sebarang masalah pada peranti ini.

Teknologi Pengecasan Paling Pantas Setakat Ini Di Pasaran

Bercakap tentang pengecasan pantas, ia merupakan perkara penting yang perlu diambil kira semasa anda ingin membeli telefon pintar. Seperti contoh, ketika ini di Malaysia telefon dengan teknologi pengecasan pantas 40W ditawarkan pada harga melebihi RM3000.

Jadi, berapakah harganya di Malaysia nanti? Perkara ini akan terjawab pada minggu hadapan, 2 Disember 2019. Sama-sama kita tunggu dan lihat okay!

Nantikan seterusnya…

Baca juga:

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend