realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus Comments Off on realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

Kemunculan jenama realme tidak dinafikan mampu memberi persaingan sengit kepada jenama sedia ada di pasaran kerana ia bukan sahaja dilihat mampu mendominasi pasaran telefon untuk segmen kelas pertengahan. Malah realme juga kini bakal menggegar pasaran peranti mercu dengan kemunculan realme X2 Pro melalui sokongan pemproses dan juga teknologi storan yang berprestasi tinggi.

Qualcomm Snapdragon 855+
Prestasi realme X2 Pro tidak lagi perlu diperkatakan lagi kerana ia telah dikuasakan dengan cipset Qualcomm Snapdragon 855+ yang menampilkan kombinasi CPU Kryo 485 lapan teras berkelajuan sehingga 2.96 GHz dan juga GPU Adreno 640. Jika dibandingkan dengan Snapdragon 855, ia mampu menjanjikan peningkatan prestasi sebanyak 5% untuk setiap teras CPU, dan juga sehingga 15% prestasi GPU.

Pengalaman bermain permainan mudah alih terasa jauh lebih berkuasa kerana ia turut dilengkapi dengan ciri Snapdragon Elite Gaming dan juga cip pemprosesan AI yang menjanjikan prestasi tiga kali lebih pantas berbanding generasi sebelum ini. Tidak cukup dengan itu, penggunaan proses 7nm juga secara tidak langsung mampu memastikan penggunaan tenaga yang lebih efisien.

Teknologi Storan Lebih Pantas
realme X2 Pro didatangkan dalam tiga varian berbeza iaitu 6GB + 64GB, 8GB + 128GB, dan juga 12GB + 256GB. Selain dilengkapi dengan sokongan LPDDR4X RAM, ia turut menjanjikan prestasi storan yang jauh lebih pantas iaitu UFS 2.1 untuk model 64GB dan UFS 3.0 untuk varian 128GB + 256GB.

This slideshow requires JavaScript.

Baca juga:

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend