realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pelbagai Fungsi Fotografi Menggunakan Kuad Kamera 64MP Comments Off on realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pelbagai Fungsi Fotografi Menggunakan Kuad Kamera 64MP

realme X2 Pro bukan sekadar telefon pintar yang fokus kepada aspek prestasi kuad dengan pengecasan pantas semata-mata, tetapi ia juga boleh dianggap sebagai telefon pintar menyeluruh kerana turut menjanjikan keupayaan penggambaran yang sangat baik. Dilengkapi dengan kamera 64MP, ia tersedia dengan pelbagai fungsi fotografi sehebat profesional.

Kuad Kamera 64MP dengan sensor Samsung ISOCELL GW1

Keupayaan penggambaran pada realme X2 Pro telah menampilkan penggunaan sensor Samsung ISOCELL GW1 berukuran 1/1.72 inci, aperture sebesar f/1.8, dan juga lensa 6P. Tidak cukup dengan itu, ia turut dikuasakan dengan teknologi Quad Bayer 4-dalam-1 yang akan menggunakan teknik pixel binning, bagi menghasilkan satu pixel sebesar 1.6μm.

Trivia: Tahukah anda bahawa kamera 64MP pada realme X2 Pro mampu menghasilkan gambar yang sangat besar, iaitu beresolusi sehingga 9248 x 6936 piksel.

Sokongan teknologi ini secara tidak langsung menghasilkan imej yang lebih berkualiti, pada masa yang sama mempertingkatkan resolusi gambar yang diambil, walaupun dalam persekitaran kurang cahaya. Bukan itu sahaja, keupayaan kuad kamera 64MP pada realme X2 Pro turut didatangkan dengan pelbagai fungsi fotografi seperti berikut:

#Fungsi 1 – Super Nightscape 2.0

Mod ini menggunakan kombinasi AI dan juga sistesis berbilang-bingkai bagi mengurangkan noise, menstabilkan imej dengan fungsi anti-gegar, mengurangkan efek silau, dan meningkatkan jarak dinamik selain memastikan hasil gambar yang diambil lebih terang dan juga tahap keperincian yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

#Fungsi 2 – Lensa Ultra Wide-angle 115°

Sokongan lensa kamera beresolusi 8MP, aperture f/2.2, dan juga sokongan fokus PDAF, membolehkan pengguna untuk mengambil gambar dengan sudut yang lebih luas tanpa perlu bersusah payah. Ini kerana penyediaan lensa Ultra Wide-angle dengan sudut seluas 115° mampu menghasilkan piksel sebesar 1.4μm melalui teknik pixel binning.

This slideshow requires JavaScript.

Dengan hanya satu klik sahaja, pengguna dengan mudah boleh bertukar ke mod Ultra Wide-angle bagi membolehkan pengambilan gambar landskap, seni bina, dan juga gambar secara berkumpulan. Lebih istimewanya, lensa ini turut tersedia dengan mod Super Macro dengan jarak sedekat 2.5cm, untuk menghasilkan imej yang lebih jelas dengan butiran yang lebih baik.

#Fungsi 3 – Sehingga 20x Zoom, 5x Hybrid Optical Zoom

This slideshow requires JavaScript.

Dengan aperture f/2.5 dan juga sokongan fokus PDAF, lensa telefoto beresolusi 13MP pada realme X2 Pro tersedia dengan fungsi 2x Optical Zoom, 5x Hybrid Optical Zoom dan sehingga 20x Hybrid Zoom. Apa yang pasti, sokongan lensa telefoto ini mampu membantu pengguna untuk mengambil gambar objek yang lebih jelas dari jarak yang jauh.

#Fungsi 4 – Lensa Potret

realme X2 Pro turut dilengkapi dengan sistem penapisan warna baharu yang membolehkan lensa potret untuk mengesan tahap cahaya yang lebih luas, sekaligus membantu lensa utama untuk mendapatkan lebih banyak cahaya, meningkatkan kontras pada imej, menghasilkan imej dengan gaya retro, dan penambahan tekstur pada potret.

Keupayaan Rakaman Video Menyeluruh

Selain keupayaan kamera statik, realme X2 Pro turut menjanjikan keupayaan rakaman video yang lebih menyeluruh dengan sokongan rakaman video beresolusi 4K, fungsi anti-gegar UIS (Ultra Image Stabilization), dan juga fungsi pembetulan gegaran tangan masa nyata menggunakan gyroscope yang sangat sensitif.

Malah kamera realme X2 Pro turut menawarkan efek depth of field atau bokeh seakan tahap kabur kamera DSLR dalam masa nyata. Manakala lensa Ultra Wide-angle pada peranti ini juga boleh merakam video 360°, dan juga video gerak perlahan 960fps/720p. Tidak cukup dengan itu, ciri suntingan video turut membolehkan pengguna menggunakan pelbagai fungsi seperti mempercepatkan video, efek filter, teks, muzik dan banyak lagi.

Kamera Depan 16MP Dengan Efek Kecantikan AI

realme X2 Pro turut disertakan dengan kamera depan 16MP yang menyokong aperture f/2.0, dan juga lensa 5P. Sama seperti kamera utamanya, ia turut dilengkapi teknik pixel binning menggunakan teknologi Quad Bayer 4-dalam-1 yang mampu menghasilkan piksel sebesar 2.0μm.

#AI Intelligent Beauty

Sokongan algoritma AI Intelligent Beauty mampu mengenal pasti 296 ciri unik pada wajah untuk menghasilkan sehingga 8 juta penyelesaian kecantikan. Ini termasuklah efek kilauan kulit, kontor wajah yang lebih tajam, dan juga menghasilkan kulit wajah yang lebih berseri dan sempurna dengan penampilan yang lebih semula jadi.

Kamera depan pada realme X2 Pro juga secara automatik dapat membezakan antara wajah lelaki dan wanita, sekaligus memastikan sentuhan efek kecantikan yang berbeza mengikut kesesuaian pengguna.

#Selfie Super Nightscape 2.0

Melalui keupayaan untuk mengenal pasti persekitaran malam yang berbeza dan juga padanan algoritma yang bersesuaian, realme X2 Pro mampu mendapatkan hasil gambar swafoto pada waktu malam yang lebih menarik. Ini kerana ia mampu mengimbangi pendedahan cahaya pada latar belakang, dan dalam masa yang sama memastikan gambar potret yang lebih terang dengan warna kulit lebih asli.

Baca juga:

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pengecasan Terpantas 50W SuperVOOC Flash Charge

 

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend