realme X2 Pro Master Edition Berharga RM2399 Akan Dijual Secara Eksklusif Pada 21 Dan 22 Disember Comments Off on realme X2 Pro Master Edition Berharga RM2399 Akan Dijual Secara Eksklusif Pada 21 Dan 22 Disember

Akhirnya penantian untuk memiliki realme X2 Pro Master Edition di negara ini telahpun akan tiba tidak lama lagi selepas realme Malaysia telah mengesahkan tarikh jualan dan juga harga untuk model edisi istimewa ini. Sama seperti realme X2 Pro yang dilancarkan awal bulan lalu, realme X2 Pro Master Edition akan dikekalkan harga jualannya iaitu RM2,399.

realme X2 Pro Master Edition menampilkan panel belakang kaca dengan permukaan yang lembut pada sentuhan.
Bahagian panel belakang realme X2 Pro Master Edition turut menerima tandatangan daripada pereka iaitu Naoto Fukasawa.

realme X2 Pro Master Edition (12GB + 256GB) akan dijual secara eksklusif di dalam ekspo Comic Fiesta 2019 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre pada 21 dan 22 Disember 2019 nanti. Walau bagaimanapun, realme X2 Pro Master Edition akan hanya ditawarkan dalam kuantiti yang sangat terhad iaitu hanya 50 unit sahaja.

Bagi yang berminat untuk memiliki realme X2 Pro Master Edition, anda boleh mengunjungi ruang pameran A003 di tapak ekspo Comic Fiesta 2019.

Spesifikasi realme X2 Pro:

  • ColorOS 6.1
  • Qualcomm Snapdragon 855+ (7nm)
  • 12GB (LPDDR4X) + 256GB (UFS 3.0)
  • 6.5 inci Super AMOLED FHD+ (2400 x 1080 piksel)
  • 90Hz, HDR10+, Corning Gorilla Glass 5
  • Kamera depan: 16MP (Super Nightscape)
  • Kamera utama: 64MP (Samsung ISOCELL GW1, f/1.8) + 13MP (Telephoto, f/2.5) + 8MP (Wide Angle, f/2.2) + 2MP (Potrait, f/2.4)
  • WiFi 802.11ac, Bluetooth 5, NFC, 3.5mm audio jack, USB Type-C
  • 4000mAh (50W SuperVOOC Flash Charge)
  • Speaker Stereo (Dolby Atmos)

Baca juga:

realme X2 Pro Dengan Snapdragon 855+, 12GB RAM Dan Skrin 90Hz Kini Rasmi Pada Harga RM2399

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend