Realme X2 Pro Disahkan Guna Snapdragon 855+, Kuadkamera 64MP Dengan 20x Zum Hibrid Comments Off on Realme X2 Pro Disahkan Guna Snapdragon 855+, Kuadkamera 64MP Dengan 20x Zum Hibrid

Realme telah memberi isyarat bahawa mereka bakal melancarkan peranti kelas mercu menggunakan Snapdragon 855+ tidak lama lagi. Penampilan sulung peranti akan dikenali sebagai Realme X2 Pro yang mana akan hadir ke pasaran China pertengahan bulan ini malah pada masa sama Realme Eropah juga turut mendedahkan poster promosi peranti di portal rasmi mereka.

Realme menggunakan slogan “Full Speed Flagship” pada kali ini yang merujuk kepada ‘kepantasan’. Selain itu, peranti turut hadir dengan sistem kuadkamera yang mana menyusunkan lensa utama 64MP, ultra-lebar 115-darjah, telefoto, dan juga lensa potret. Keupayaan kamera juga mampu mengezum lebih jauh dengan sokongan 20x zum hibrid.


Terdahulu, ada laporan mengatakan Realme X2 Pro akan dilengkapi paparan dengan takuk yang menyokong kadar segar semula 90Hz. Rekaan paparan juga memanjang menggunakan nisbah 20:9 yang tidak banyak ditemui di pasaran. Ia turut menyertakan pengimbas cap jari di atas skrin disamping sokongan pengecasan pantas terbaru, VOOC 4.0 berkuasa 30W.

Peranti ini akan ditawarkan di India terlebih dahulu dan seterusnya ke pasaran lain tidak lama selepas itu bergantung kepada permintaan.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend