Realme X2 Pro Datang Dengan 90Hz Fluid Display Dan Sistem Pengecasan 65W Super VOOC Comments Off on Realme X2 Pro Datang Dengan 90Hz Fluid Display Dan Sistem Pengecasan 65W Super VOOC

Telefon pintar mercu, realme X2 Pro akan hadir ke pasaran tidak lama lagi dengan spesifikasi tinggi menggunakan cipset Qualcomm Snapdragon 855+ dan kamera utama 64MP yang menyokong 20x zum hibrid.

realme masih belum mengumumkan tarikh pelancaran peranti ini tetapi mereka telah mengesahkan peranti akan dilengkapi paparan 90Hz Fluid Display dan sistem pengecasan pantas Super VOOC 65W.

Super VOOC 65W merupakan teknologi yang baru diperkenalkan pada bulan lepas. Menurut syarikat, ia boleh mengecas peranti dengan bateri 4000mAh dalam masa hanya 30 minit. Soal paparan, masih belum jelas lagi adakah ia tampil dengan takuk ataupun tidak.  Mereka mengacah bahawa peranti hadir dengan takuk titisan air.

Ketika ini, hanya ini sahaja pendedahan dari realme dan kami percaya banyak lagi akan dikongsikan dalam masa terdekat ini.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend