realme X2 Pro Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 Disember 2019 Comments Off on realme X2 Pro Sah Akan Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada 2 Disember 2019

Akhirnya penantian untuk menyaksikan kemunculan rasmi realme X2 Pro di Malaysia telahpun terjawab apabila realme Malaysia telahpun mendedahkan tarikh pelancaran telefon pintar mercu paling berkuasanya itu di Facebook rasminya. Dijadualkan akan dilancarkan pada 2 Disember 2019 (Isnin), anda boleh menyaksikan sendiri penstriman langsung yang akan bermula jam 2 petang.

realme X2 Pro sebelum ini telah berjaya mendapat perhatian banyak pihak selepas ia dilancarkan secara rasmi di India pada 15 Oktober yang lalu. Ini kerana ia menjanjikan prestasi yang sangat berkuasa melalui sokongan pemproses Qualcomm Snapdragon 855+, RAM sehingga 12GB, storan UFS 3.0 sehingga 256GB, skrin Super AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz, dan juga bateri 4000mAh dengan pengecasan pantas 50W.

Buat masa ini harga dan juga tarikh ketersediaan untuk realme X2 Pro masih lagi belum diketahui, dan ia akan hanya didedahkan secara rasmi dalam majlis pelancaran yang akan berlangsung pada pada awal bulan depan.

Baca juga:

realme X2 Pro Paling ‘Hype’ dengan Pemproses Paling Berkuasa Snapdragon 855 Plus

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend