Realme X2 Diumumkan Dengan Snapdragon 730G, Kamera 64MP, VOOC 4.0 30W Comments Off on Realme X2 Diumumkan Dengan Snapdragon 730G, Kamera 64MP, VOOC 4.0 30W 341

Pengeluar telefon pintar termuda, Realme hari ini telah mengumumkan Realme X2 secara rasmi. Peranti didatangkan dengan kelengkapan kelas pertengahan terkini menerusi cipset Snapdragon 730G dan teknologi terbaru daripada OPPO iaitu VOOC 4.0.

Selain hadir dengan sokongan NFC, Realme X2 juga dilengkapi kamera depan 32MP dan kamera belakang 64MP + 8MP + 2MP + 2MP yang mana ciri rakaman peranti ini hampir menyamai Realme 5 Pro yang boleh merakam video menggunakan lensa ultra-lebar.

Realme X2 dipadankan dengan paparan 6.4-inci Super AMOLED yang turut menyokong pengimbas cap jari bawah skrin. Ia dikuasakan sistem operasi ColorOS 6 berasaskan Android 9 Pie serta bateri sebesar 4000mAh.

Realme X2 dikeluarkan dalam dua pilihan warna untuk pasaran China bermula RMB1599 (~RM940) untuk 6/64GB dan RMB1899 (~RM1117) untuk varian 8/128GB. Dua warna ditawarkan ialah Pearl White dan Pearl Blue.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend