Realme X Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Dwi Kamera 48MP, 8GB RAM, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0 Comments Off on Realme X Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Dwi Kamera 48MP, 8GB RAM, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0 248

Sebagaimana yang telah dinanti-nantikan oleh banyak pihak, akhirnya Realme telahpun mengumumkan kehadiran Realme X secara rasmi untuk pasaran di China. Berbeza dengan siri keluaran Realme sebelum ini, Realme X merupakan siri pertama yang menampilkan rekaan kamera depan terangkat.

Realme X menawarkan paparan skrin AMOLED daripada Samsung bernisbah 19.5:9 tanpa takuk sebesar 6.53 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), dan ia menjanjikan ketahanan lebih baik dengan menggunakan panel Corning Gorilla Glass 5. Tidak cukup dengan itu, Realme X juga merupakan model pertama daripada jenama itu yang memiliki teknologi pengimbas cap jari dalam skrin.

Aspek prestasinya pula, Realme X telah dikuasakan oleh cipset yang sama seperti Realme 3 Pro iaitu Snapdragon 710, dan dikombinasikan pula dengan memori sehingga 8GB RAM serta ruang storan sehingga 128GB. Manakala dari segi ketahanannya pula, ia menyokong bateri berkapasiti 3765 mAh dengan teknologi pengecasan VOOC 3.0 Flash Charge (20W) menggunakan port USB Type-C.

Keupayaan penggambarannya juga telah dipertingkatkan kepada dwi kamera utama beresolusi 48MP (f/1.7) menggunakan sensor Sony IMX586 dan juga kamera kedua 5MP (f/2.4, Depth sensor) untuk mendapatkan efek bokeh yang lebih baik. Kamera swafotonya pula tersedia dengan lensa terangkat beresolusi 16MP (f/2.0, Sony IMX471).

Dioperasikan dengan antaramuka ColorOS 6.0 berasaskan Android 9.0 Pie, ia turut menawarkan ciri-ciri tambahan lain seperti sistem audio Dolby Atmos, bicu audio 3.5mm, teknologi Hyper Boost 2.0 untuk kelancaran permainan, dan juga penggunaan format storan jenis UFS 2.1 yang lebih pantas.

Realme X dijadualkan akan mula dijual pada 20 Mei 2019 nanti di China dalam dua warna pilihan iaitu putih dan biru. Berikut adalah harga jualan Realme X di China:

  • 4GB + 64GB – CNY1,499 (kira-kira RM910)
  • 6GB + 64GB – CNY1,599 (kira-kira RM970)
  • 8GB + 128GB – CNY1,799 (kira-kira RM1,092)

Realme X Edisi Istimewa:

Apa yang menariknya, Realme turut memperkenalkan edisi istimewa Realme X yang menampilkan sentuhan kemasan yang sangat unik iaitu diinspirasikan daripada tekstur ‘bawang besar’ dan ‘bawang putih’. Dengan sokongan spesifikasi yang sama, harga jualannya sedikit mahal iaitu CNY1,899 iaitu kira-kira RM1,153.

Baca juga:

Realme X Lite Turut Dilancarkan, Merupakan Jelmaan Semula Realme 3 Pro Untuk Pasaran China

[Ulasan] Realme 3 Pro, Musuh Kepada Peranti Kelas Pertengahan Lain

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend