Realme X Edisi Spiderman Telah Disahkan Akan Diperkenalkan Untuk Pasaran India Comments Off on Realme X Edisi Spiderman Telah Disahkan Akan Diperkenalkan Untuk Pasaran India 374

Realme India sebelum ini telah melancarkan telefon pintar pertamanya dengan sokongan kamera terangkat dengan penawaran model Realme X. Kurang dua bulan selepas memperkenalkan model itu, Realme India baru-baru ini telah mengesahkan pula kehadiran Realme X edisi Spiderman untuk pasaran India.

Dikongsikan melalui laman rasmi Twitter, Realme telah mengumumkan kerjasama dengan ‘Spiderman: Far From Home’ dalam menampilkan telefon pintar edisi terhadnya iaitu Realme X Edisi Spiderman. Walau bagaimanapun Realme tidak pula mendedahkan sebarang maklumat lanjut tentang peranti itu buat masa ini.

kredit gambar: Gizchina

Tetapi jika dilihat pada model asal Realme X, ia akan dikuasakan dengan Snapdragon 710, RAM sehingga 8GB, storan sehingga 128GB, menampilkan panel AMOLED berukuran 6.53 inci FHD+ dengan pengimbas cap jari dalam skrin, dan juga menyokong bateri berkapasiti 3765 mAh dengan pengecasan pantas VOOC Flash Charge 3.0 (20W) menggunakan port USB Type-C.

Baca juga:

Realme X Kini Rasmi Dengan Snapdragon 710, Dwi Kamera 48MP, 8GB RAM, Skrin AMOLED Dan VOOC 3.0

Realme X Lite Turut Dilancarkan, Merupakan Jelmaan Semula Realme 3 Pro Untuk Pasaran China

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend