Realme Sedang Mempertimbangkan Untuk Memperkenalkan Kedai Aplikasinya Sendiri Comments Off on Realme Sedang Mempertimbangkan Untuk Memperkenalkan Kedai Aplikasinya Sendiri

Realme mungkin satu jenama baru, tetapi sambutan yang diberikan oleh pengguna ternyata sangat positif berikutan ia menawarkan telefon pintar bajet dengan sokongan spesifikasi yang baik. Bahkan setakat ini Realme telah berjaya menembusi sehingga tujuh pasaran berbeza iaitu India, Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, dan juga Mesir.

Apa yang menarik perhatian, ada maklumat terbaru yang mendedahkan bahawa Realme mungkin sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan kedai aplikasinya sendiri iaitu Realme App Store pada masa kan datang. Perkara ini telah disahkan melalui pertanyaan yang diajukan oleh pemilik peranti Realme di dalam aplikasi Realme Community yang boleh dimuat turun di Google Play Store.

Selain daripada soalan berhubung kedai aplikasi, Realme turut menjawab beberapa soalan lain seperti akan mempertimbangkan aksesori daripada jenama Realme sendiri. Bahkan Realme juga turut mengesahkan tidak akan memperkenalkan pembantu digital kerana sokongan Google Assistant sudah cukup baik berbanding pembantu digital pihak ketiga yang lain.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend