realme RMX2071 Memecah Rekod AnTuTu Dengan Skor Melebihi 570,000 Comments Off on realme RMX2071 Memecah Rekod AnTuTu Dengan Skor Melebihi 570,000

Berdasarkan keputusan yang dikongsikan oleh AnTuTu selaku platform ujian penanda aras paling popular, siri iPhone 11 dengan sokongan cipset Apple A13 Bionic berjaya mendominasi kedudukan teratas sebagai telefon pintar dengan prestasi terbaik buat masa ini.

Ternyata kedudukan teratas di AnTuTu telah berjaya dirampas oleh realme dengan perbezaan skor hampir 28,000. Ini selepas sebuah peranti misteri yang tampil dengan nombor model RMX2071 telah muncul dengan skor mencecah 574,985, iaitu 68,000 lebih tinggi berbanding skor ROG Phone II yang mengungguli takhta peranti Android terbaik.

realme X50 5G sebelum ini dilancarkan dengan sokongan cipset Snapdragon 765G dengan kadar segar semula setinggi 120Hz.

Setakat ini tiada sebarang maklumat berhubung peranti ini berjaya didedahkan. Namun mengikut khabar angin yang tersebar, realme RMX2071 mungkin akan dilancarkan dalam acara MWC 2020 pada 24 Februari nanti sebagai realme X50 Pro dengan sokongan cipset Snapdragon 865.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend