realme Narzo Akan Diperkenalkan Sebagai Siri Baharu Untuk Generasi Z Di India Comments Off on realme Narzo Akan Diperkenalkan Sebagai Siri Baharu Untuk Generasi Z Di India

Dalam usaha untuk bersaing, realme baru-baru ini telah mula berkongsi sebuah video acah yang memperlihatkan kemunculan realme Narzo yang akan memfokuskan kepada golongan remaja di India.

Berbeza dengan pendekatan yang diambil oleh sesetengah jenama dengan memperkenalkan sub-jenama, portal 91mobiles telah mendedahkan bahawa realme Narzo sebenarnya merupakan siri baharu yang akan diperkenalkan untuk memberi persaingan terhadap jenama Redmi mahupun POCO.

Berdasarkan imej poster yang dikongsikan, realme Narzo telah disasarkan untuk generasi Z dengan membawakan tiga kriteria utama iaitu ‘Bold’, ‘Unique’ dan juga ‘Power’. Namun begitu, buat masa ini tiada sebarang pendedahan lanjut dikongsikan kepada umum.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend