realme Narzo 10 dan 10A Akan Dilancarkan Di India Pada 26 Mac Ini Comments Off on realme Narzo 10 dan 10A Akan Dilancarkan Di India Pada 26 Mac Ini

Semalam realme India baru sahaja mengacah untuk memperkenalkan produk terbaru mereka iaitu siri telefon pintar terbaru Narzo untuk pasaran di sana. Hari ini, nama model telefon itu pula dikongsikan kepada umum.

realme Narzo 10 dan Narzo 10A adalah nama rasmi untuk telefon terbaru ini. Kedua-duanya akan dilancarkan pada 26 Mac ini di India selain ia juga ditujukan khas kepada remaja-remaja di sana.

Melihat pada slogan “Feel The Power”, kita boleh menjangkakan telefon ini mungkin membawakan spesifikasi mantap memandangkan mereka juga kata mahu memberi saingan kepada jenama Redmi dan Poco.

Berdasarkan poster ini, Narzo 10 dan Narzo 10A sah akan dimuatkan sistem kuadkamera dan trikamera yang masing-masing akan dikemaskan dengan panel belakang kaca dan plastik.

Jadi, sama-sama kita nantikan pelancarannya seminggu lagi untuk mengetahui apakah yang dibungkus pada dua telefon Narzo ini!

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend