realme Mengacah Mahu Melancarkan ‘AirPods’ Mereka Tersendiri Tidak Lama Lagi Comments Off on realme Mengacah Mahu Melancarkan ‘AirPods’ Mereka Tersendiri Tidak Lama Lagi

Sudah menjadi trend masa kini setiap pengeluar menghasilkan fon telinga TWS mereka masing-masing. Terbaru, realme telah mengacah yang mana mereka akan hadir dengan ‘AirPods’ tersendiri tidak lama lagi.

Petanda ini telah dikongsikan di akaun Twitter rasmi mereka siang tadi dengan mengajak pengguna untuk meneka tiga warna apakah yang akan diperkenalkan kelak. Menggunakan slogan “Real Sound in Bold Colors”, kami menjangkakan TWS ini bakal menawarkan sistem bunyi yang baik seperti mana yang diletakkan pada realme Buds Wireless.

Selain itu, TWS ini juga sudah pasti akan ditawarkan pada harga mesra poket, sesuai buat semua pengguna yang ingin beralih dari penggunaan fon telinga berwayar kepada True Wireless Stereo.

Jadi, warna apakah yang ingin dikeluarkan oleh realme untuk produk mereka kali ini? Kita tunggu dan lihat sahaja.

Baca juga:

[Ulasan] realme Buds Wireless, Berbaloi Ke Tidak?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend