Realme Melangkau Terus Dari Penggunaan Dwi Kamera Ke Kuad Kamera Comments Off on Realme Melangkau Terus Dari Penggunaan Dwi Kamera Ke Kuad Kamera 163

Realme mungkin masih boleh dianggap antara jenama telefon pintar yang masih baharu di pasaran, sungguhpun begitu ia dilihat telah berjaya menarik perhatian pengguna global. Kehadiran jenama Realme lebih menyerlah apabila ia dilihat telah mengambil tindakan drastik dengan melangkau daripada penggunaan dwi kamera terus ke kuad kamera.

Bagi memenuhi keperluan penggambaran di dalam apa jua persekitaran, peranti terbaharu Realme ini telah menawarkan sokongan empat lensa yang setiap satu daripadanya menyokong mod berbeza iaitu lensa utama, lensa sudut lebar, lensa potret, dan juga lensa makro.

#1. Lensa Utama

*Bukan resolusi gambar sebenar

Gambar grafiti di atas telah diambil menggunakan kamera utama yang menggunakan sensor kamera Sony IMX586. Selain mampu memastikan hasil gambar dengan kualiti terbaik untuk peranti dalam segmen yang sama, ia juga mampu mengekalkan keaslian warna grafiti tersebut.

#2. Lensa Sudut Lebar

*Bukan resolusi gambar sebenar

Pengambilan gambar pemandangan yang luas tidak lagi menjadi satu cabaran kerana ia telah dilengkapi dengan lensa sudut lebar yang mampu menghasilkan gambar dengan sudut sehingga 119 darjah. Selain sesuai untuk pengambilan gambar pemandangan, lensa dedikasi ini juga boleh digunakan untuk penggambaran secara berkumpulan.

#3. Lensa Potret

*Bukan resolusi gambar sebenar

Tidak dinafikan lagi bahawa penggambaran potret berupaya untuk menyerlahkan lagi personaliti individu. Selain dilengkapi dengan sokongan lensa potret, hasil gambar yang diambil dapat diserlahkan lagi melalui kombinasi antara sistem penapisan yang unik, talaan perisian kamera dan juga pelarasan pendedahan cahaya yang telah dioptimumkan untuk pengalaman potret terbaik.

#4. Lensa Makro

*Bukan resolusi gambar sebenar

Lensa keempat yang disokong adalah lensa dedikasi makro yang membolehkan pengguna mengambil gambar objek secara dekat, iaitu sehingga 4cm. Sokongan aperture f/2.4 dan juga efek bokeh turut membantu anda untuk mendapatkan gambar yang lebih menyerlah dan lebih fokus.

Untuk mengetahui lebih terperinci tentang #LeapToQuadCamera, nantikan pendedahan lanjutnya di Facebook rasmi Realme Malaysia.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend