Realme Kongsi Hasil Gambar Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Sokongan Lensa 64MP Comments Off on Realme Kongsi Hasil Gambar Telefon Pintar Pertama Di Dunia Dengan Sokongan Lensa 64MP 363

Kemunculan Realme selaku sub-jenama daripada OPPO ternyata bukan sekadar untuk memeriahkan jenama telefon pintar di pasaran, tetapi ia dilihat memiliki pengikutnya yang tersendiri di pasaran. Memfokuskan aspek rekaan yang cantik, spesifikasi berkuasa dalam kelasnya, dan juga harga yang mesra poket, Realme kini dilihat mula memberi saingan terhadap pasaran peranti mampu milik.

Hari ini, Madhav Sheth selaku CEO Realme telah mengumumkan bahawa mereka bakal hadir dengan satu lagi telefon pintar yang dikatakan mampu memberi cabaran terhadap telefon pintar daripada segmen ‘premium’. Walaupun tidak mendedahkan nama model yang akan diperkenalkan itu, Madhav telah mengesahkan ia merupakan peranti pertama di dunia yang menyokong lensa 64MP.

Hasil gambar yang telah dimuat naik ke porta kami ini telah dikurangkan kualitinya berbanding imej asal.

Dengan menggunakan sensor yang dibangunkan oleh Samsung GW1, ia bukan sahaja menjanjikan hasil gambar yang lebih jelas, tetapi dalam masa yang sama memastikan penggambaran low-light yang sangat terang. Bagi membuktikan fakta tersebut, Madhav turut memuat naik gambar yang diambil menggunakan peranti Realme dengan sokongan lensa 64MP itu di Twitter miliknya.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, telefon pintar Realme dengan sokongan 64MP ini akan dilancarkan tidak lama lagi untuk pasaran di India.

Baca juga:

Samsung Perkenal Sensor Kamera ISOCELL Bright GW1 Beresolusi 64MP

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend