realme Keluarkan Senarai Peranti Yang Akan Terima Android 10 – realme C2 Turut Serta Comments Off on realme Keluarkan Senarai Peranti Yang Akan Terima Android 10 – realme C2 Turut Serta

realme India sebentar tadi telah mengeluarkan senarai telefon pintar yang akan menerima kemas kini Android 10. Menurut pengumuman itu, pengguna realme bakal menikmati pengalaman baharu pada telefon pintar masing-masing tidak lama lagi.

Antaramuka terbaru itu bakal dijalankan di atas sistem operasi ColorOS 7 tetapi kali ini sedikit berlainan kerana mendapat sentuhan daripada realme sendiri. Ini bermakna pengguna akan dihidangkan dengan beberapa ciri-ciri istimewa yang tidak ada pada peranti OPPO. Tambahan, kustomasi yang dilakukan juga lebih kepada pengalaman Android asli.

Untuk permulaan, realme XT dan realme 3 Pro adalah kumpulan pertama yang akan mendapat kemas kini iaitu seawal Januari tahun 2020. Manakala kumpulan kedua pula bakal menyusul bulan berikutnya dan seterusnya sehinggalah realme C2 pada suku ketiga tahun yang sama.

Menurut realme, ColorOS 7 menawarkan pengalaman grafik permainan yang lebih licin, pengurusan RAM yang lebih baik, rakaman video yang lancar dengan lebih banyak penyesuaian, serta banyak lagi. Perubahan lain adalah pada ikon, bentuk dan saiz, dan jenis muka taip selain mod gelap.

Terdahulu, realme Malaysia telah mengumumkan ketersediaan Android 10 untuk beberapa buah model peranti. Namun begitu, tidak pasti adakah senarai terbaru ini turut ditujukan kepada pengguna di Malaysia.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend