
Di dalam majlis pelancaran realme X50 5G yang baru sahaja dilancarkan secara rasmi semalam di China, Sky Li selaku Pengasas yang juga merangkap CEO realme telah mendedahkan bahawa syarikat itu telah berjaya mengedar lebih 25 juta unit telefon pintar keluarannya sepanjang tahun lepas.
Bahkan CEO realme juga telah mengeluarkan kenyataan untuk memastikan rekod pencapaian itu akan dipertingkatkan sebanyak dua kali ganda untuk tahun 2020 ini. Sasaran untuk mengedar sebanyak 50 juta unit telefon pintar realme ini diyakini mampu dicapai berikutan realme dilihat agak agresif dalam memperkenalkan pelbagai model baharu di pasaran.

Ditambah pula dengan kombinasi sokongan spesifikasi yang baik serta harga jualan yang kompetitif, dan dibantu pula dengan kemunculan era peranti 5G, sasaran itu sudah tentunya dapat direalisasikan sepanjang tahun ini.
Baca juga:
Realme 5i Dilancarkan Di Vietnam, Bakal Diperkenalkan Di Malaysia Pada 14 Januari Ini
realme X50 5G Kini Rasmi Dengan Paparan 120Hz, Snapdragon 765G, realme UI